Assalamualaikum,,
mempelajari sesuatu ilmu berkaitan rawatan kecemasan mungkin akan menyelamatkan nyawa pada saat yang genting.
Di dalam sukan juga ada waktu yang mencemaskan contohnya apabila berlaku kecederaan.
Jika tidak mengambil langkah rawatan awal yang betul mungkin kecederaan terbabit akan menjadi lebih rumit.
terdapat beberapa jenis rawatan cemas contohnya RICE,, TOTAPS dan sebagai nya.
entry kali ini menerangkan berkaitan RICE kerana ia melibatkan ais dh mudah untuk di gunakan oleh semua peringkat usia
pertolongan cemas mempunyai prinsip - prinsip ia untuk memastikan perawat dapat memberi rawatan dengan betul dan tidak tersalah langkah.
prinsip - prinsipnya pertolongan cemas
1. untuk menyelamatkan nyawa
2. mengurangkan kesakitan
3. mengelakkan keadaan menjadi bertambah teruk
4. mendapatkan bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital dengan kadar yang segera.
R.I.C.E singkatan bagi
R = rest
I= ice
C = compressiom
E = elevation
1. REST bermaksud apabila seseorang mendapat kecederaan minta nya untuk berhenti bermain dengan serta merta untuk mengelakkan kecederaan akan bertambah teruk
2. ICE adalah ais yang biasa kita gunakan, ia diletakan di bahagian kecederaan selama 15 - 20 minit tidak boleh lebih atau terlalu lama kerana akan menjadi skin burn.
3. COMPRESSION adalah membalut kawasan yang tercedera untuk menghadkan pergerakkan kawasan tercedera
4. ELEVATION adalah meninggikan kawasan yang tercedera dari paras jantung agar mengurangkan pengaliran darah ke kawasan yang tercedera.
SELAMAT BERAMAL.. :D
Mashe
ReplyDelete