Tuesday 2 December 2014

PERTOLONGAN CEMAS MUDAH







Video ini menunjukkan demotrasi yang mudah untuk kecederaan patah..



selamat beramal :D

Sunday 30 November 2014

RAWATAN KECEMASAN ( T.O.T.A.P.S )

assalamualaikum...

entry sebelum adalah berkaitan rawatan kecemasan R.I.C.E yang boleh di gunakan dalam sukan.

T.O.T.A.P.S plak boleh di gunakan di dalam sukan dan juga kemalangan di luar. sebaga rakyat malaysia yang prihatin apabila berlaku kemalangan kita perlu membantu semampu kita untuk menyelamatkan mangsa kemalangan.

jangan berhenti ambil gambar dan post di facebook sudah lah :D

T.O.T.A.P.S adalah ringkasan bagi Talk, Observe, Touch, Active movement, Passive movement, Skill

T = Talk (Bercakap)Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak


jika mangsa tidak sedarkan diri hubungi hospital dengan kadar segera.

O = Observe (Melihat Keadaan)Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa



T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

A = Active Movement (Pergerakan Aktif)Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dgn segera

P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius

S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

di harap kan sedikit ilmu ini akan membantu mangsa yang dalam keadaan kritikal. jika tidak yakin terus hubungi hospital atau pihak yang pakar.

SELAMAT BERAMAL :D

RAWATAN KECEMASAN ( R.I.C.E )

Assalamualaikum,,


mempelajari sesuatu ilmu berkaitan rawatan kecemasan mungkin akan menyelamatkan nyawa pada saat yang genting.

Di dalam sukan juga ada waktu yang mencemaskan contohnya apabila berlaku kecederaan.
Jika tidak mengambil langkah rawatan awal yang betul mungkin kecederaan terbabit akan menjadi lebih rumit.

terdapat beberapa jenis rawatan cemas contohnya RICE,, TOTAPS dan sebagai nya.

entry kali ini menerangkan berkaitan RICE kerana ia melibatkan ais dh mudah untuk di gunakan oleh semua peringkat usia

pertolongan cemas mempunyai prinsip - prinsip ia untuk memastikan perawat dapat memberi rawatan dengan betul dan tidak tersalah langkah.

prinsip - prinsipnya pertolongan cemas

1. untuk menyelamatkan nyawa
2. mengurangkan kesakitan
3. mengelakkan keadaan menjadi bertambah teruk
4. mendapatkan bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital dengan kadar yang segera.

R.I.C.E singkatan bagi

R = rest
I= ice
C = compressiom
E = elevation

1. REST bermaksud apabila seseorang mendapat kecederaan minta nya untuk berhenti bermain dengan serta merta untuk mengelakkan kecederaan akan bertambah teruk

2. ICE adalah ais yang biasa kita gunakan, ia diletakan di bahagian kecederaan selama 15 - 20 minit tidak boleh lebih atau terlalu lama kerana akan menjadi skin burn.


3. COMPRESSION adalah membalut kawasan yang tercedera untuk menghadkan pergerakkan kawasan tercedera



4. ELEVATION adalah meninggikan kawasan yang tercedera dari paras jantung agar mengurangkan pengaliran darah ke kawasan yang tercedera.






SELAMAT BERAMAL.. :D

Sunday 23 November 2014

ANKLE SPRAIN



Kecederaan adalah sesuatu yang biasa berlaku jika anda adalah seseorang atlet.

Bagi sukan yang melibat kan banyak pergerakan contohnya bola sepak, rugbi, bola baling. dan sebagainya risiko untuk mendapat kecederaan ankle sprain sangat tinggi kerana anda menggunakan anggota bawah badan yang sangat extreme.



atau di kenali sebagai terseliuh, kecederaan ini tidak melibat kan tulang tetapi hanya melibat ligament.


video ini menunjukan bagaimana kita merawat kecederaan ankle sprain secara manual di rumah



selamat beramal :D


Tuesday 18 November 2014

ANATOMY TUBUH MANUSIA

assalamualaikum dan selamat sejahtera,

entry kali ini sy ingin membawa anda untuk mengetahui apa yang ada dlm tbuh manusia dalam tajuk anatomy dan fisiologi..

Bagi pelajar rehabilitasi sukan 2 subjek ini amat penting untuk mereka mengenal pasti kecederaan dan merawat pada akarnya atau lam istilah mudah merawat pada punca yang menyebabkan seseorg itu merasa sakit.

ANATOMI adalah ilmu mengenai tubuh badan manusia dari soft tissue dan hard tissue

soft tissue termasuk ligament, otot, kulit, lemak, fascia, nerve dan saluran darah.



FISIOLOGI adalah pembelajran mengenai perangai setiap organ contoh apa fungsi otot, ligament dan sebgainya.

dalam tubuh manusia terdapat 270 tulang semasa di lahirkan, apabila seseorang meningkat dewasa hanya terdapat 206 dalam tubuh manusia tersebut. yang terdiri daripada tulang pnjang, tulang pendek, tulang flat, tulang sesamoid, dan tulang irregulated.


Thursday 2 October 2014

                                                   PENYAKIT TIGA SERANGKAI
assalamualaikum,

entry kli sy membuat video berkenaan penyakit 3 serangkai. Pada tahun 90an penyakit ini dikenali sebagai penyakit orang - orang kaya kerana mereka hidup senang dan malas untuk bersenam. Adakala nya mereka terlalu sibuk menguruskan perniagaan sehingga terabai kesihatan diri.

selamat menonton

Thursday 25 September 2014

Apa itu rehabilitasi sukan??


Entry sebelum ini saya menceritakan serba sedikit latar belakang jurusan ini.
Pada entry kali ini saya ingin menerangkan apa itu rehabilitasi sukan

REHABILITASI SUKAN adalah satu jurusan yang memfokuskan kepada injury ( dari kecederaan back to normal) atlet melalui proses rehab dan mampu bermain kembali dalam sukan yang atlet ceburi dan how to prevent injury.

Dalam rehab terdapat beberapa fasa. Setiap fasa tersebut di panggil pre-rehab, inter-rehab and post rehab

PRE - REHAB

Pre-Rehab di mana atlet akan di educate berkenaan injury yang mungkin berisiko atlet dapat jika atlet tidak melakukan proses regangan dengan betul dan para rehabers akan memantau proses memanaskan untuk memastikan atlet melakukan regangan sepenuhnya. Hal ini kerana jika regangan tidak dilakukan dengan betul otot - otot tidak bersedia untuk melakukan aktiviti yang ekstrem dan menyebab untuk terkejut dengan kerja yang berat. Hal yang demikian boleh menyebabkan kekejangan otot dan lain - lain kecederaan lagi

INTER - REHAB

Inter - Rehab adalah pemantaun semasa atlet bermain dalam pertandingan ataupun dalam latihan rutin, ini juga amat penting jika atlet berlaku kecederaan semasa bermain para rehabers akan cuba untuk mengurangkan keceraan agar tidak menjdai lebih teruk. Fasa ini amat penting kepada atlet agar ia mampu pulih dalam masa yang singkat jika early  treatment adalah betul dan ia memberi impact kepada proses pemulihan.

POST - REHAB

Post- Rehab adalah fasa terakhir atlet sebelum turun beraksi semula, fasa ini dilakukan selepas atlet mendapat rawatan dari doktor sukan. Atlet akan dilatih atau di rehab untuk functional activity. Dan sebelum atlet turun beraksi rehabers akan memastikan beberapa perkara seperti free pain, full range of motion, no fear, full muscle strength and full functional. Dan para rehabers perlu mendapatkan kebenaran dari doktor sukan untuk menbenarkan atlet tersebut turun beraksi.